Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada perniagaan Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai serta kepada orang ramai yang berminat.

Kenapa anda patut memilih kami?

Tenaga pengajar adalah seorang bekas pegawai kerajaan yang pernah menjalankan tugas sebagai pegawai penguatkuasaan di Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai (BPWG) yang kini dikenali sebagai Bahagian Kawalan Kredit Komuniti (BKKK) di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya, selama hampir 12 tahun.
Dalam tempohmasa ini banyak perkara yang di pelajari dalam melaksanakan penguatkuasaan Akta Pemberi Pinjam Wang dan Akta Pemegang Pajak Gadai. Pengetahuan dan pengalaman ini digunakan untuk mengajar kepada semua yang berminat untuk mendalami atau memahami kehendak Akta dalam menjalankan urusan perniagaan.
Dengan pemahaman ini, pemegang lesen akan dapat menjalankan aktiviti perniagaan mereka dengan lebih yakin serta dapat memberikan urusan transaksi dengan lebih baik dan profesional kepada pelanggan.
Selain kursus, kami juga memberikan perkhidmatan lain-lain seperti penyediaan dokumen bagi pelbagai jenis permohonan dengan pihak KPKT dan juga khidmat nasihat kepada pelanggan yang menjalankan aktiviti perniagaan pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai.
untuk sebarang pertanyaan
Hubungi kami / Contact us

our location